Pages - Menu

Wednesday, March 27, 2013

Jiwa Kental

alangkah baiknya jika aku seperti mereka yang mempunyai "jiwa kental". jiwa kental maksudku mereka yang pandai memendam perasaan marah,,sakit hati dan geram tanpa menunjukkannya dengan perasaan mahupun ekspresi muka.. kenapa aku begitu senang memuntahkan apa yang aku rasa,,adakah aku sensitif atau adakah aku seorang yang lebih "straight to the point"..
tapi marah,,sakit hatiku hanya lah sementara tidak perlu pujuk rayu,,aku akan baik dengan sendirinya kerana aku tidak memaksudkan marah atau sakit hatiku kepada benci tapi hanyalah sekadar perasaan yang singgah sementara,,yang tidak dapat aku halang daripada untuk dieksperikan.. aku sedar sifat ku ini serba sedikit memberi kesan ke atas proses hidup ku.. kadang-kadang menggangu rasa bahagia ku kerana mempunyai sifat pemarah bukan lah pilihan ku malah itulah yang ingin aku singkirkan dari hidupku..
oleh itu,,untuk menyelesaikan sifat kritikal aku itu,,aku memerlukan ini..


adakah ia berkesan ?? kita lihat lah nanti ;) tiada yang mustahil selagi keinginan kita utuh.. aku yakin.. jangan pula aku terlebih bahagia sehingga lupa tentang sekelilingku,,parah jadinya..